Kamis, 21 Oktober 2010

Kek Lapis Keju & Cheese Crackers

Bahan-bahan ( 1 biji - 7 inch sq @ 8 inch bulat )

250 g Cream Cheese
250g Mentega
180g Gula halus
6 biji Telur
180g Tepung gandum biasa
1 sudu teh Baking powder
Sebungkus biskut keju masin
Pewarna kuning
Coklat emulco
Cara-cara

Pukul mentega, cream cheese & gula sehingga kembang. Masukkan telur satu persatu & pukul lagi sehingga sebati.

Ayak tepung gaul dn baking powder. Masukkan ke dlm adunan tadi sedikit2 sambil di gaul sehingga sebati.

Bahagi adunan kpd 2 bahagian & warnakan each dgn kuning & satu lagi dgn coklat emulco.
Lapik tin dgn kertas & di lengser dgn minyak/mentega. Ratakan 2 senduk bhn kuning & susun biskut di atas nya. Kukus 10 minit.

Lapiskan dgn lapisan coklat & kukus 10 minit. Ulang proses ini sehingga habis. Akhir sekali kukus selama lebih kurang 30-60 minit utk pastikan kek benar2 masak.

Ingat, susun biskut hanya atas lapisan kuning. SELAMAT MENCUBA..... rugi kalau tak cuba... Nampak susah tapi boleh siap melapis dlm sejam lebih sahaja.

sumber http://www.myresipi.com/top/detail/3463

Tidak ada komentar: