Senin, 16 Agustus 2010

BISKUT RAYA

sumber: http://mforum3.cari.com.my/viewthread.php?tid=492279&extra=page%3D1&page=20

Biskut Jawatis

Bahan-bahan:

1 biji kuning telur

1 gelas penuh gula halus

1 gelas mentega

2 1/2 gelas tepung gandum

2 camca teh nescafe

1 camca teh vanila

Cara-cara membuat:

Kacau mentega dengan gula. Masukkan kuning telur, nescafe dan vanila. Akhir sekali masukkan tepung.

Masukkan adunan ke dalam acuan dan ditekan anggaran 2" panjang dipotong. Bakar hingga kekuningan.

Angkat dan sapukan dgn jem yang disukai dan tangkupkan dengan sekeping biskut lagi. --> (Yang ni optional sbb tak letak ni pun mmg dh sedap)

According to my mum, resipi ni nanti adunan dia akan agak lembik sikit. Kene pandai adjust sikit tang tepung tu supaya tak lembik sgt.



Biskut Dahlia- KAK ANIS

Bahan-bahan
8 oz tepung gandum
3 oz tepung kastard
1 1/2 oz tepung ubi
6 oz gula halus
7 oz marjerin / mentega
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
Ceri merah dan hijau utk hiasan

Cara-cara
Pukul gula dan marjerin hingga sebati.
Masukkan telur sedikit demi sedikit. masukkan esen vanilla dan gaul sebati.
Ayakkan tepung gandum, tepung ubi dan kastard.
Masukkan adunan tepung ke dlam adunan mentega sedikit demi sedikit.. utk langkah ni, saya gaul menggunakan spatula je..
Terap menggunakan acuan semperit. Jika adunan agak lembik tambah lah sedikit gandum.. hias dgn ceriResepi ni memang sedap...kalau tak suka manis sangat kurangkanlah sukatan gula dia...bau pun wangi semerbak...cubalah...
Jika adunan masih lembik..tambah tepung gandum sikit2..doh mestilah lembut...kalau lembik..lepas bakar, bunganya akan kuncup...



Kepingan coklat croquant

Bahan A

150 gm mentega

110 gm gula castor

1 sk coklat krim

1/2 sk coklat emulco


Bahan B

200 gm tepung ros

50 gm kacang hazel (kisar)

40 gm tepung jagung

1/4 kecil emplex


bahan hiasan:putih telur

croquant cara menyediakkan:

1. Sebatikan kesemua bahan A hingga rata

2. Masukkan bahan B dan uli menjadi doh yg lembut

3. Canai dan terap dgn acuan pilihan.

4. Kemudian atur di atas dulang pembakar. Sapu putih telur dan taburkan croquant di atas permukaan biskut.Bakar biskut pada suhu 180 C selama 25-30 min.



BISKUT SUJI BRUNEI- catalina

200gm minyak sapi (gheeblend)

100gm Shortening

180gm gula kaster

100gm cornflakes - kisar halus

1 biji kuning telur

80gm tepung jagung

80gm tepung suji

tepung gandum secukupnya - tak de sukatan - sampai jadi doh je

Bahan sadur: susu tepung + Nestum Kisar + (gula aising)

Cara: - satukan minyak sapi, shortening dan gula. gaul hingga lembut

- masuk kuning telur. pukul lagi. masuk bahan2 lain.

- akhir sekali masuk tepung jagung sedikit demi sedikit. uli hingga menjadi doh.

- terap dan bakar.

- dah sejuk salut dengan susu tepung + nestum kisar + (**gula aising) agak2 kalau dah manis tak yah letak gula.

** tambah esen rose sbb ada satu lagi resepi buh ...mmg bau dia wangi..anak2 ckp sedapnya bau kuih ni...time masak mmg umah bau wangi...

kurangkan gula ms bancuh pon x pernnt dh masak masa gaul ngan susu tepung+nestum...add skit gula halus..sedap dah...

SUJI SALJU KAK ITA DELIGHTA.

150g minyak sapi
100g butter
100g gula castor
1st esen vanila
1 biji kuning telur
B.100g cornflakes - kisar halus
100g tepung jagung
50g tepung suji
280g tepung gandum - curah skit2 dulu sampai senang diterap

HIASAN: 150g tepung susu (mklang guna susu everyday, jadi takyah ltk icing lagi sbb manis sedang elok)
50g gula icing

Cara

1. Sebatikan semua bahan A
2. Masukkan semua bahan B dan uli menjadi doh yg lembut.
3. Canai dan terap. Bakar pd suhu 150 selama 25' (ikut oven masing2 eh)
4. Dah masak, sewaktu masih panas gaulkan dengan campuran susu dan icing


Biskut Cendawan Versi Anis ya...(resepi asal mama carrie kak Liza)

300 gm mentega

400 gm tepung gandum

120 gm tepung jagung

100 gm gula aisng

1/2 sudu teh esen vanila

2 sudu besar susu tepung

50 gm badam yang dikisar halus

1 sudu teh emplex

Cara membuatnya

1. Kacau mentega dan gula aising hingga sebati.

2. Masukkan susu tepung, vanilla, emplex dan tepung jagung . Gaul sebati.

3. Masukkan badam kisar dan gaul sebati lagi.

4. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan uli sehingga jadi doh yang lembut.

5. Canai dan terap dengan acuan bentuk cendawan

6. Bakar dgn suhu yang sesuai dengan oven anda sehingga masak.

7. Sejukkan sebelum dimekap dengan topping gulanya (sini peranan emplex tu supaya biskutnya tidak lemau)

Aising :

2 biji putih telur

150 gm gula aising

20 gm tepung jagung sedikit esen vanilla sedikit pewarna pink dan merah

Untuk membuat aising:

1. Pukul putih telur bersama gula asing hingga pekat dan ringan.

2. Masukkan tepung jagung dan esen vanilla dan gaul hingga sebati.

2. Asingkan menjadi dua bahagian. Satu warna asal (putih) dan satu lagi bahagian dengan warna pink+merah (utk warna yang cantik menawan)

3. mulakanlah memekap biskut mengikut citarasa yang disukai

4. Bakar dalam suhu 180 C selama 2-3 minit (tak lalu nak makan telur putih mentah2 kan)

5. Jangan bakar terlalu lama, nanti topping gulanya merekah tak cantik dan berkedut2..

6. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

Snow Almond -Majalah SAJI

Bahan A

110 gm mentega

1/2 sdb shortening

50 gm gula kastor

1/2 sdk esen kopi

1/2 bj kuning telur

Bahan B

110 gm tepung gandum

25 gm nestum [kisar]

1 sdb coffeemate

35 gm tepung ubi

20 gm serbuk badam

Bahan Hiasan/ serbuk roti putih [breadcrumb]

Serbuk badamcoklat masakan

Cara-cara:-

1. Pukul mentega, gula kastor dan shortening sehingga sebati. Masukkan esen kopi dan kuning telur. Gaulkan rata.

2. Satukan kesemua bahan B dan masukkan ke dalam adunan A tetapi sedikit demi sedikit dan ratakan.

3. Uli dan canai doh. Kemudian terapkan.

4. Bakar pada suhu 175'C selama 20 minit.

5. Setelah sejuk, celupkan ke dalam coklat masakan. Selepas itu, golekkan pula ke dalam serbuk roti putih dan serbuk badam* adunan skit...jadi nak banyak doublekan aje..,kalau adunan lembik tambah tepung skit demi skit sehingga dapat utk diterap

Tidak ada komentar: